Wednesday, October 19, 2016

Sejarah Penubuhan PD Kg Paya Kelubi






Sebelum terbinanya Perpustakaan Desa Siber Ilmu, di Kampung Paya Kelubi Telah terbinanya perpustakaan yang pada masa itu dikenali sebagai Bilik Bacaan.
Bilik Bacaan ini telah didirikan pada tahun 1990 dan dibina berdekatan dengan rumah pengerusi jkk iaitu Encik Kamis Ya.Belia juga merupakan pengerusi Bilik Bacaan tersebut.Ketika itu tiada peruntukan untuk tapak pembinaan jadi belia telah memberikan sedikit ruang tanah untuk Bilik Bacaan tersebut.

Pada peringkat awalnya Bilik Bacaan hanya dibekalkan surat khabar dan majalah sahaja oleh Perpustakaan Awam Negeri Perlis.Selama Perkhidmatan diujudkan pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya turut terlibat menyertai berbagai pertandingan yang dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Negeri Perlis.Pada Penyertaan pertama dalam “ Pertandingan Bilik Bacaan Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Perlis 1993 ” Bilik Bacaan Kg Paya Kelubi telah mendapat tempat Pertama pada 29 Jun 1993 serta mendapat Sijil Penghargaan.

Pada tahun 1996 sekali lagi Bilik Bacaan Kg Paya Kelubi menyertai “ Pertandingan Bilik Bacaan Sempena Sambutan Bulan Membaca Peringkat Negeri Perlis 1996 ”.Dan sekali lagi Bilik Bacaan Kg Paya Kelubi telah mendapat tempat pertama pada 17 September 1996 beserta Sijil Penghargaan di atas kemenangan.
Di atas kemenangan yang diperolehi oleh Bilik Bacaan Kg Paya Kelubi.Bilik Bacaan sentiasa dikunjungi dan dilawati oleh rombongan-rombongan dari dalam dan luar Negeri Perlis.

Pada tahun 2002, dalam Rancangan Malaysia ke8 , Kerajaan Malaysia telah memberi sejumlah peruntukan kepada Perbadanan Perpustakaan Negeri Perlis. Dan hasill daripada peruntukan tersebut Perbadanan Perpustakaan Negeri Perlis telah memperuntukan sejumlah Rm 54 ribu bagi mendirikan bangunan Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kg Paya Kelubi.

Setelah siap proses pembinaannya pada penghujung tahun 2002, perkhidmatan mula diberikan kepada penduduk-penduduk kampung dan masyarakat sekitar mulai April 2003.Dengan itu maka terbinalah semuah Perpustakaan Desa Siber Ilmu di Kampung Paya Kelubi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi para pengguna.

No comments:

Post a Comment