Kata Aluan

Assalamualaikum W.B.T…dan Salam Sejahtera….
Syukur kehadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat 
saya mewujudkan blog Perpustakaan Desa
 Kg Paya Kelubi ini.Dari hasil mengikuti kursus-kursus mencipta dan pemantapan blog 
anjuran PPANPs dapat membantu kami semua petugas PD menimba ilmu dan 
mempelajari cara-cara menghasilkan blog PD masing-masing.
Terima Kasih atas sokongan dan dorongan Puan Mashita Othman , Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, En Mohd Tarmizi Wahab , Ketua Bahagian Perancangan Pembangunan Dan Rangkaian Perpustakaan Awam Negeri Perlis , 
pencetus idea mengwujudkan blog bagi setiap rangkaian
 PD Negeri Perlis , Pn Roshaina Mohd Sabri , Penyelia Zon 3 dan terima kasih 
juga buat kawan-kawan yang banyak membantu dalam menghasilkan 
blog PD Kg Paya Kelubi ini.
Semoga dengan adanya blog PD ini dapatlah disalurkan maklumat dan 
perkembangan terkini serta perjalanan aktiviti di PD dan Kg Paya kelubi untuk 
perkongsian bersama.Teruslah memberi sokongan kepada 
Perpustakaan Desa Kg Paya Kelubi dan datanglah 
menggunjungi serta menggunakan perkhidmatan yang kami sediakan…
Selamat Datang Ke Blog Perpustakaan Desa Kg Paya Kelubi..

Salam Sayang Dari Kami Di PD Kg Paya Kelubi



  Norliza Ismail
      ( Pembantu Pustakawan )

No comments:

Post a Comment