Wednesday, November 23, 2016

Majlis Jamuan Akhir Tahun Tabika Kemas Kg Paya Kelubi

Persekolahan sudah tiba dipenghujungnya...selamat bercuti adik-adik..moga tahun depan kita dapat bersua kembali dalam menjalankan pelbagai aktiviti bersama Perpustakaan Desa Kg Paya kelubi.
Untuk Cikgu dan pembantu tabika moga kita terus mejalinkankan silatulrahim dan merancang aktiviti untuk tahun 2017 dalam memdidik dan memberi ilmu kepada anak-anak bangsa kita.Dan kepada ibu bapa yang banyak membantu dan mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh Pd Kg Paya kelubi & Tabika Kemas moga terus bersama-sama kami dalam menjalankan pelbagai aktiviti dimasa akan datang...

terima kasih daun keladi , tahun depan kita jumpa lagi..:)


 ibu-ibu bersama anak-anak

 Bersama Cikgu Wan Munirah

 Tahniah Pn Suhaila atas kejayaan anak top
 5 Pelajar Cemerlang Kemas Parlimen Padang Besar

  tahniah adik Sufiya moga terus berjaya..
jangan lupa mai perpustakaan yer..

Tahniah buat semua adik-adik

Anugerah Khidmat Cemerlang 2014

Terima kasih buat Pengarah , Pegawai dan Penyelia yang memberi sokongan kepada kami sehingga layak menerima APC 2016..Moga kita semua dimurahkan rezeki..aminn..

 menerima sijil penghargaan

 bergambar kenangan bersama Puan Pengarah PNM

bergambar bersama Puan Pengarah PPANPs

bersama En Tarmizi & Pn Roshaina

Alhamdulillah


Tuesday, November 8, 2016

Lawatan Pemantauan Perkhidmatan Perpustakaan, Khidmat Nasihat Dan Meninjau Kerosakan Bangunan Perpustakaan Desa Di Perlis



Alhamdulillah...Majlis Lawatan Oleh :

En Mustafa Bin Daud ( Penolong Pengarah Kanan , BPPD )  dan                    
En Sam Sani ( Penolong Jurutera , BPPD )

Pada : 07 November 2016

Lawatan berjalan dengan lancarnya..Syukur KepadaNya dengan izin Allah Pd Kg Paya Kelubi tersenarai antara Pd yang terpilih untuk lawatan pada kali ini.Terima kasih juga buat En Tarmizi , Penyelia-Penyelia dan ajk-ajk penyelengaraan PPANPs yang turut hadir.

Lawatan ini amatlah bermakna dan memberi peluang kepada petugas untuk memaklumkan permasalah dan penambahbaikan di PD serta mendapat nasihat, tunjuk ajar dan dan pandangan yang diberikan oleh En Mus dan En Sam kepada Saya.Terima kasih di ucapkan atas keprihatinan dan tindakan yang diambil terhadap permasalahan yang telah diusulkan...

Terima Kasih Buat Semua Yang Hadir Dan Membantu...:)


En Mus dan En Sam
tandatangan pelawat


bergambar kenangan



Sunday, November 6, 2016

Program Ziarah KRT Seri Panji



Program di adakan pada 06.11.2016 , anjuran KRT Seri Panji , Ajk krt mengziarahi setiap rumah penduduk Kg Paya Kelubi yang kurang upaya , tidak sihat , dan miskin untuk bertanya khabar dan berbual mesra untuk menghiburkan hati mereka serta memberi sumbangan kepada penduduk kampung yang terlibat.

Ajk Krt Berkumpul dan Menyediakan Bahan-Bahan Sumbangan







Seramai 20 orang penduduk menerima sumbangan yang disediakan

Progam diakhiri dengan jamuan makan dirumah pengerusi krt.Terima kasih kepada semua yang terlibat moga program seperti ini akan terus dijalankan dalam membantu dan menjalinkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung.

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2016

Salam Sayang Dari PD Paya Kelubi Buat Adik-Adik Yang Menduduki Peperiksaan SPM 2016...Semoga Adik-Adik Semua Dapat Menjawabnya Dengan Mudah Dan Tenang....Amin..









Staf

Friday, November 4, 2016

Keistimewaan Hari Jumaat










Kenali Tepak Sirih



Tepak Sirih



Kedudukan Cembul Dalam Tepak Sirih
                   


Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat sopan santun, berbudi bahasa serta penuh dengan adat budaya dalam menjalani kehidupan seharian. Adat lebih diutamakan, bak kata pepatah ‘biar mati anak jangan mati adat’, lebih-lebih lagi ketika mengadakan majlis meminang, bertunang dan pernikahan. Untuk memulai upacara merisik, pertunangan dan pernikahan, masyarakat Melayu menggunakan tepak sirih sebagai pembuka kata.
Dalam adat bersirih, setiap bahan yang terkandung mempunyai pengertian dan membawakan maksud tertentu.

SIRIH : Memberi arti sifat yang merendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain, sedangkan dirinya sendiri adalah bersifat pemberi.

KAPUR : Melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi jika keadaan tertentu yang memaksanya ia akan berubah lebih agresif dan marah.

GAMBIR : Dengan sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberikan arti ketabahan dan keuletan hati.

PINANG : Digambarkan sebagai lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur. Bersedia melakukan sesuatu perkara dengan hati terbuka dan bersungguh-sungguh

TEMBAKAU : Melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal

Tepak sirih digunakan sebagai barang perhiasan dan atau dalam upacara-upacara resmi. kerana tepak sirih penting dalam adat istiadat, maka tidak layak digunakan sembarangan.
Dulang tepak sirih ini terbagi dua bahagian, di bahagian atas disusun empat cembul dengan urutan susunan : pinang, kapur, gambir dan tembakau. Di bagian bawah pula disusun cengkeh, daun sirih dan kacip.

Bagi masyarakat Melayu, sirih disusun sedemikian rupa untuk menunjukkan tertib ketika mengapur sirih, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Daun-daun sirih yang disusun dalam tepak sirih hendaklah dilipat bersisip antara satu sama lain dan disamakan tangkainya, disusun sebanyak lima atau enam helai dalam satu baris. Satu tepak sirih selalunya mengandungi empat atau lima susun sirih tadi. Sirih yang berlipat ini wajib dibuat kerana hendak mengelak dari terlihat ekor sirih itu. Ekor sirih tidak boleh dinampakkan karena dianggap satu keadaan yang kurang sopan dan tidak menghormati tamu. Tepak sirih yang telah lengkap ini dihias dengan bunga dan dibungkus dengan kain songket.Tepak sirih seperti ini dinamakan tepak sirih adat.

Tepak sirih terdiri daripada komponan berikut: Bekas sirih, Cembul, Bujam Epok, Kacip, Gobek, Celepa dan Ketur. Tetapi kini budaya makan sirih jarang menggunakan lagi Bujam Epok sebagai satu peralatan lengkap.

Manakala kandungan cembul pula terdiri daripada: Daun sirih, Pinang, Gambir, Tembakau, Cengkih dan Kapur.

Tuesday, November 1, 2016

Kenali Bulan-Bulan Islam


Salam SAFAR 1438 H  /  NOVEMBER 2016



Sekarang kita berada di bulan Safar






Staf



                                 Nama : Roshaina Binti Mohd Sabri
                                 Jawatan : Penyelia Zon 3





                                Nama : Norliza Binti Ismail
                                Jawatan : Pembantu Pustakawan ( S19 )


Kemudahan

RUANG BACAAN DEWASA / KANAK-KANAK


  • Perpustakaan menyediakan ruang bacaan kepada pengguna perpustakaan. Kemudahan termasuklah koleksi buku, majalah, akhbar, serta kemudahan kerusi dan meja.


RUANGAN SANTAI


  • Ruangan santai ini disediakan untuk pengguna membaca secara santai dan juga pengguna boleh menonton telivision dengan kebenaran petugas.


SUDUT AKTIVITI


  • Sudut Aktiviti disediakan untuk kanak-kanak bermain sambil belajar,pelbagai peralatan permainan yang terdapat di sudut ini.Ruangan ini juga digunakan untuk menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak.


RUANGAN KOLEKSI MAJALAH LAMA

  • Ruangan Koleksi ini menghimpunkan majalah-majalah lama,pengguna boleh membacanya semula.

NETBOOK 1 MALAYSIA
  • Kemudahan Netbook 1 Malaysia disediakan kepada pengguna perpustakaan untuk mengakses internet dan meningkatkan kemahiran dalam bidang IT. 


WIFI
  • Pengguna boleh mengakses internet secara percuma melalui kemudahan wifi yang disediakan.


Carta Ajk Kg Paya Kelubi ( jkkk )


Monday, October 31, 2016

Happy Deepavali


Happy Deepavali Di Ucapkan Kepada Rakyat Malaysia Yang Menyambutnya..


Sunday, October 30, 2016

Tempat Menarik Di Perlis


Ampang Timah Tasoh Perlis

Padang Besar 


Wang Kelian


Gua Kelam


Terinai 



Tasuk Lake Resort



Taman Rimba Herba Batu Pahat Perlis


Taman Ular Batu Pahat


Medan Selera Kuala Perlis , Jeti , Masjid Terapong


Muzium Kota Kayang


Ladang Nira Nipah Kipli